Kalu kita sentitif ,hari ini 30 Zulhijjah hari terakhir untuk tahun 1428 H mengikut kalendar Islam. Walaupun malam ni tak de bunga api atau konsert artis2..sempena tahun baru namun ia amat beerti bagi umat islam. Ia bersempena penghijrahan Nabi Muhammad dari Mekah ke madinah dan merupakan satu transition dalam penyebaran Islam.
Apkah yang kita lakukan sebanyak tahun lepas dan apakah amalan itu mencukupi untuk kehidupan kita. Untuk permulaan baru ini kita harus la menjadi lebih baik dari tahun lepas. Seperti kita selalu dengar, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri. So, kita harus membuang segala perkara buruk dan membina sikap yang positif. And aku berharap aku dapat memulakan sesuatu yang baru untuk tahun baru..mungkin berhijrah ke dari buruk kepada yang baik. Meletak target untuk setiap tahun supaya aku menjadi lebih terurus.
Kita di galakan membaca doa akhir tahun pada akhir waktu asar untuk penutup tahun ini. Kita digallakn membacanya sebanyak 3 kali.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganmu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, ‘Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.’
Dan selepas itu, kita digalakkan membaca doa awal tahun untuk keberkatan tahun tersebut. Kitakan digalakkan membacanya pada waktu maghrib sebanyak 3 kali.

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan,’Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan.
Semoga kita diberkati tahun ini 1429H.
0 ulasan:
Catat Ulasan