tajuk cerita
ramadhan episod i
Tak terlambat rasanya untuk mengucapkan ahlan wasahlan ramadhan...bulan yang mulia dimana diawalnya rahmat dipertengahan adalah maghfirah(keampunan) dan diakhirnya pembebasan dari api neraka. Di kala awal ramadhan ini, semua orang termasuk aku sibuk menyesuaikan diri dalam bulan ramadhan. Setakat ini, aku asyik berbuka kat ofis je, pasar ramadhan pun tak jejak lagi. Tak pe la, jangan menjadikan puasa itu satu alasan kita untuk memonteng kerja. Kadang-kadang kita membawa imej buruk tentang pose ini dimana kita menjadikan puasa ini satu beban yang besar hingga kita meninggal benda lain. Nanti dikata puasa itu menghalang kita dari melaksanakan tanggungjawab kita. Ini dah macam cerita askar aje hehe berjuang untuk negara. Berbuka di ofis pun ok juga, cuma makan je la apa yang mampu dibeli. Berbuka beramai-ramai ala kalu kat rumah pun lebih kurang sama da. Orang bujang mana la sempat nak masak and memang tak pandai masak(hehe itu diri sendiri). Al maklumlah bukan setakat skill tu kureng tapi dapur pun tak de, mana la nak berasap rumah. Hehe walaupun bagaimana kita menyambut ramdhan ini kita, bersama keluarga, ditempat kerja atau di jalan raya (zaman belajr dulu) namun yang penting kita ikhlas dalam ibadah kita. Semuga kita menghayati bulan ramahan ini dan mengambil iktibar daripadanya.ramadhan episod i
~~be end~~
p/s : artikel ini ditulis dengan penuh perasaan tawaduk dan keimanan (dlm bulan pose)
1 ulasan:
naseb org sempat naik
Catat Ulasan