Pasar malam, anda mesti pernah atau selalu melawatinya. Ia banyak diadakan di kawasan penempatan awam. Di sini bukan sahaja terdapat makanan tetapi terdapat juga makanan, makanan dan makanan. Tentu anda pelik membaca ayat ini tetapi penulis suka makan. Oleh yang sedemikian beliau hanya nampak makanan sahaja jika beliau pergi pasar malam. Selain daripada makanan, kita boleh dapati pelbagai barangan harian yang lain daripada barangan basah sehinggalah peralatan rumah. Kadangkala terdapat beberapa barangan yang tidak terdapat di pasaraya seperti ubat-ubat jamu, baju-baju lusuh dan lain-lain.

Pasar malam biasanya bermula dari waktu petang sehinggalah ke tengah malam. Oleh itu ia dipanggil pasar malam. Jika ia beroperasi pada waktu lain ia akan dipanggil dengan nama yang lain. Namun terdapat pasar malam yang beroperasi 24 jam contohnya pasar malam di jerantut. Namun pasar di Jerantut menggabungkan dua pasar ia itu pasar malam pada malamnya dan bersambung dengan pekan sehari pada siangnya. Pelbagai lapisan masyarakat tidak kira bangsa, umur dan jantina melewati pasar malam ini.

Di bawah ini ditunjukan senarai-senarai pasar malam di Kuala Lumpur. Jika anda berkesempatan sila lawati setiap pasar malam berikut kerana ia diadakan pada hari berbeza di tempat berbeza. Jika ia diadakan pada waktu yang sama anda boleh lawati pada minggu hadapan pada masa dan tempat yang sama. Pasar malam diadakan sepanjang tahun kecuali pada waktu banjir jika terlibat dengan kejadian ini, hari raya puasa kerana semua orang pergi beraya termasuk perniaga, raya cina seperti sebab seperti sebelumnya serta tanah runtuh jika di buat di Bukit Antarabangsa.

Isnin
Seksyen 1 Wangsa Maju, Taman Len Seng, Cheras, Jalan Air Panas, Setapak, Kampung Kerinchi, Bangsar (I), Sentul Pasar Dalam 4B, Jalan Kangsar Off Jalan Ipoh, Desa Pandan, Kampung Pandan, Taman Miharja Fasa II, Taman Koop Polis Fasa 2, Taman Sri Sinar, Segambut, Taman Sri Murni

Selasa
Taman Desa Bakti, Selayang, Kampung Kasippillay Off Jalan Ipoh, Rumah Pangsa Razak Mansion, Jalan Bangsawan, Bandar Tun Razak, Taman Datuk Senu, Sentul, Rumah Pangsa Gombak 1A, Taman Kok Lian, Segambut, Kampung Pasir Lama Off Jalan Klang Lama, Rumah Panjang 1A, Jinjang, Taman Pertama, Cheras, Jalan Chemur, Pekeliling, Taman Sri Petaling, Sungai Besi, Jalan Air Bah, Setapak, Taman Intan Baiduri, Kepong, Jalan 133 Kepong, Jalan 25/56, Keramat Wangsa,

Rabu
Taman Desa Petaling, Kuchai Enterprenurs Park, Jalan Kolam Air Off Jalan Ipoh, Rumah Pangsa Sri Melaka, Cheras, Jalan K, Taman Batu, Segambut, Taman Connought, Cheras, Taman Beringin, Jinjang, Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi, Kuaters Hospital Kuala Lumpur, Pantai Dalam, Bangsar, Jalan Wira, Kampung Pandan, Jalan Gempita, Salak Selatan, Seksyen 10, Wangsa Maju, Rumah Pangsa Sri Pahang, Bangsar, Jalan 2A/146, Desa Tasek, Sg Besi, Jalan Batu 2, Taman Batu Muda,

Khamis
Jalan Ikan Emas, Cheras, Jalan Berhala, Brickfield, Jalan Hujan Emas, OUG, Flat Sri Terengganu, Sentul, Taman Sri Rampai, Setapak, Taman Taynton, Cheras, PKNS, Jalan Kuching, Jalan Kas-Kas, Taman Cheras, Kampung Haji Abdullah Hukum, Bangsar, Taman Sri Sentosa, Klang Lama, Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak, Jalan 4/146, Bandar Tasek Selatan, Jalan A1/6, Taman Setapak Indah,

Jumaat
Taman Melati, Gombak, Taman Desa Off Jalan Klang Lama, Taman Mastiara, Segambut, Jalan Sibu 6, Taman Wahyu, Taman Segar, Cheras, Taman Kok Doh, Segambut, Taman Sri Endah, Sungai Besi, Jalan Ang Seng, Brickfield, Bandar Baru Sentul Kampung Cheras Baru, Cheras, Kg Kerinchi, Bangsar (J), Jalan 20/2A, Taman Wilayah Selayang, Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS,

Sabtu
Taman Bukit Anggerik, Cheras, Lorong Tuanku Abdul Rahman, Jalan Udang Siar, Segambut, Pekan Sungai Besi, AU2 Keramat, Jalan Rejang, Setapak Jaya, Jalan Kelab, Jinjang, Taman Sungai Besi, Taman Miharja Fasa 1, Jalan Lazat, Happy Garden, Pantai Dalam, Bangsar, Taman Midah, Cheras, Taman Sri Bintang, Kepong, Taman Koop Polis Fasa 1, Pasar Malam Awam Bandar Tun Razak,

Ahad
Titikaya, Jinjang, Jalan Semarak, Setapak, Taman Maluri, Cheras, Jalan Selesa, Happy Garden, Jalan Telawi Bangsar, Taman Bukit Maluri, Kepong, Taman Tun Dr. Ismail, Jalan Mergastua, Kepong, Jalan Kelapa Gading, Segambut, Rumah Pangsa Sri Selangor, San Peng, Taman Sri Kuching, off Jalan Ipoh

Dipetik dari halaman DBKL

Kesimpulan pasar malam terdapat di mana-mana sahaja di seluruh Kuala Lumpur. Marilah berbelanja dan membantu rakyat Malaysia di kala kemelesatan ekonomi. Seperti kata Rosmah marilah berbelanja.

Sekian, terima kasih.

p/s : mode 2,3 hari ini asyik kena buat karangan sahaja sampai terbawa-bawa :p

peace not war
~~be end~~

0 ulasan: