Masa2 sekarang aku rajin menulis blog. sebab?? tak berapa ada kerija hehe. Time 'cool period' digunakan sebaik2nya untuk rileks2. Sempat la layan muvi, baca komik p makan lama2 sket hehe. So, aku rajin la tulis entry panjang2 walaupun yang baca tu aku sorang2 haha.

Sekarang ni ada macam2 rancangan menyanyi kat TV. AF, OIAM, bintang rtm, mentos dan macam2 lagi tak tertulis. So, berlumba2 orang umpama ikan lumba2 p audition rancangan sewaktunya, siap ada mak bapak anak sepupu sepapat mengiringi mereka. Macam rombongan bebudak sekolah p melaka atau umpama pergi ke medan perang pulak. Untuk menyedapkan cerita, mereka ni kalu failed siap nangis umpama gagal dalam srp oo silap pmr atau ada yang mencarut macam la dunia ini sudah berakhir. Nasib baik tak guling2 atas jalan raya atau pegi bakar trak polis haha. Begitu la bersemangatnya urg2 malaysia..bagus2 keep same spirit on other thing. Malaysia Boleh!!! 4x.

Tetapi kita disogokkan umpama menjadi penyanyi itu merupakan karier yang paling best pada masakini. Jika orang dulu-dulu mengumpamakan menjadi penyanyi adalah pekerjaan terakhir dijadikan pilihan macam kita tengok dalam cite kasim selamat tu da. Tapi kini tidak, ia menjadi rebutan malah sebutan orang2 kita. Bukan hendak merendahkan pekerjaan itu namun kita haruslah bersikap realistik dan tv haruslah menjadi contoh yang baik. Kita terlalu disogokan dengan pelbagai hiburan sampai ia mengaburi mata kita. Rancangan menyanyi la, melawak la yang hasilnya ntah ape2. Bukannya hendak membangkang tetapi kita harus mengimbanginya supaya kita tidak dilambakan dengan drama2 seperti ini.

So, orang melayu khususnya harus jangan terus lalai lagi ditambah dengan perebutan kuasa dan tanah sekangkang kera, rasuah, kronisme apakah akan terjadi kepada bangsa kita. Sekarang bangsa2 lain mula menunjukan taring untuk membolot semua yang ada di bumi kita. Kita?? Terus lalai bergaduh sesama sendiri atau dilalaikan dengan hiburan yg tak seberapa. Yang untung siapa?? Fikir - fikir la la la

p/s: umah aku tak de tv so kureng sikit la nak tengok benda2 macam nie.

peace not war
~~be end~~


0 ulasan: