Sebagai seorang pekerja yang dedikasi (kononnya), aku mengambil keputusan tanpa-tanpa ragunathan salah ragu2 untuk bercuti sempena hari buruh. Oleh kerana dinamakan hari buruh maka buruh2 seperti aku dipaksa-paksa untuk bercuti. Disebabkan cuti tahunan aku seumpama cuti wanita bersalin maka terpaksalah aku berpoya2 untuk menghabiskannya.Sehingga saat aku menaip ayat ini, aku masih berada dalam mood bercuti. Sungguh lama sekali aku bercuti macam mengalami cuti sekolah yang lebih awal dari bebudak sekolah.
Cuti ini dihabiskan dengan pelbagai aktiviti yang mempunyai satu kaitan aje makan. Pergi balik kampung untuk pegi kenduri kawen ... makan. Duduk dirumah memang conpem makan dan makan sambil melayan ultraman bersama2 bebudak bawah umur @anak sedara aku. Jalang jalang cari makang conpem memang aktivitinya makan. Keluar rumah melepak dah tentu kat kedai makan. Keluar ke kedai juga mencari bahan-bahan masakan ataupun barang memboroikan perut. Secara amnya semua aktiviti cuti aku memang melibatkan makan. Oleh yang demikian selepas aku menimbang perut di pasar raya (ketika cuti) selepas baru makan jugak, didapati berat aku yang minggu sebelumnya turun 2 kilo akhir nya naik 4 kilo. Tahniah kepada perutku yang semakin memboroi umpama mengandung dua bulan.
Antara perkara yang paling menarik sekali ialah aku berjaya hidup tanpa astro dan tenet. Oleh kerana bapaku telah berhijrah ke kampungku yang masih kekampungan. Walaupun bukan duduk di hujung dunia tetapi umah di kampung memang betul terasing2 dengan line telepon pun macam ada tak de je. Siap astro umah x de siaran lagi dan menutut emak aku, setelah dibaiki alasan apek cine tue astro terlindung ngan pokok kelapa tetapi dia tuka dekoder lain gak. Pusing punye apek. Tenet jangan cakap la line telepon pun x berjaya dihubungkan lagi. Kesimpulan yang aku dapati memang aku bole hidup tanpa tenet sekiran ada masakan sedap2.
Perkara yang tak bes asyik mak aku asyik suruh p potong rambut. Menurut beliau rambut aku lebih kurang atau sama panjang ngan rambut dia. Namun yang demikian aku rasa dan pandang tak de la panjang sangat. Namun akhirnya aku pun memotong rambut. Bila balik opis je, bebudak opis panggil aku budak baru akil baligh. Cis...aku memang malas nak rambut pendek ala ala keparat. Rupa jadi pelik je, siap ada budak opis aku nampak aku cam org lain lak. Sungguh cheese cake sekali. Sunggu tak rock sekali diriku ini tapi nampak sket aku macam seorang am yang berciri eksekutif yang cemerlang tapi tak de makna pun.
Sekian sahaja karangan aku selepas cuti. Aku ingin menikmati mood ini sehingga abis rotation kerija aku. Kesimpulan tidak dapat disimpulkan kerana aku memang tak suka main simpul-simpul. Namun aku rasa idup kat kampung memang bes skali berbanding idup di kampung. Agak agak aku bole apply jawatan penghulu kampung kot. Sekian sahaja karangan aku yang panjang lebar disebabkan gian tengok tenet setelah begitu lama meninggalka tenet seperti meninggalkan awek di medan perang.
Sekian, terima kasih.
kapayapaan hindi digmaan
~~maging katapusan~~
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
2 tahun yang lalu


0 ulasan:
Catat Ulasan