Hidup di Malaysia ini bagus, aman damai sentosa makmur dan rakyatnya kebanyakannya cukup makan malahan ramai yang mati akibat terlalu banyak makan. Walaupun tak kaya namun kita sentiasa hidup dengan cukup dan sederhana. Kaya pun tak berapa baek sangat sebab sape yang nak menerima kalau tiada yang memberi. Dan sebagai rakyat Malaysia, saya sentiasa ingat yang lima tu.cam dalam iklan tu hehe. ermm rukun negara..bukan la rukun islam hehe.
Di malaysia ini kita sangat kekurangan 'consumer protection' dimana kita sebagai rakya Malaysia selalu dipergula-gula kan oleh saudagar-saudagar, ahli-ahli perniagaan dan ahli-ahli keparat ini. Kita terpaksa menerima kerana tiada pilihan. Contohnya kemudahan asas di negara ini elektrik, air atau telefon semuanya dimonopoli oleh sebuah syarikat sahaja. Walaupun ia dikatan adalah milik kerajaan yang diswastakan namun perkhidmatan agak hampeh. Namun kita tiada pilihan terpaksa mengambilnya.
Contohnya, pabila kami sekeluarga berpindah dari jengka ke k.mai, untuk mendapatkan 3 bekalan asas ini mengambil masa sehingga 2 bulan. 3 minggu untuk memproses borang??? apa kejadah kah semua ini?? dimana sistem2 canggih manggih yang digunakan??? entah la?? bila ditanya jawapan nya sama?? bila ditanya melatah..?? kena repot sana sini ..jolok sikit sarang tebuan baru la nak bergerak. Kalu tak sampai ke tua la tak masuk-masuk. Perlukah kita hidup dengan budaya dimarah baru bergerak??.
Itu baru cerita yang basic2 je, belum lagi perkara2 lain seperti makanan. Bila time nak naik harga macam magic je semua boleh tak cukup. Yang peliknya pengilang benda2 seperti ini tak lah ramai sangat dan bukan lah susah sangat nak detect. Kalu benda lain bole cepat sahaja, kenapa la benda-benda seperti ini diendahkan. Jika Malaysia terus seperti ini, nanti kita akan menjadi seperti negara-negara yang mana yang kaya terus kaya dan yang miskin melarat dan merana.
Jika hendak dicerita pasal benda seperti ini tulis sepuluh muka surat pun boleh. Namun ia tak berguna juga. Kadangkala kita perlu melakukan langkah proaktif dengan mengaktifkan kuasa pengguna. Walaupun kuasa pengguna di Malaysia ini tidak kuat namun kita perlu menggunakannya.
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan