Merenangi tenet yang sungguh slow ditambah dengan cuaca yang sungguh panas sungguh mencabar hati. Ari ahad adalah hari berlepak lepak. Dah lama tak pegi tasek titiwangsa dan hari ini aku berazam untuk pergi. Namun oleh kerana napsu tido selepas subuh yang membuak buak, akhirnya aku terperangkap oleh selimut kemalasan. Tidur itu sungguh nikmat ia melekat lekat umpama magnet dan ia melekatkan diriku dengan selimut. Mungkin tulat aku pergi agar dapat membasuh lemak diperut yang semakin memboroi. Laksana orang mengandung 3 bulan tapi tak tau bapaknya sape hehehe. Berniat yang baik dapat pahala walaupun macam macam tak dapat ditunaikan. Sambil melayan cerita-cerita lama yang berformat blu-ray yang mengasyik walaupun screen komputer aku ini zaman to kaduk. Monitor sepatutnya dah menopaus namun tuannya yang tidak ada berapa mengcukupi kewangannya terpaksa lah terus menerus menggunakannya. Layanz siut walhal dah pernah tengok. Kini aku telah mengucapkan selamat tinggal kepada panggung wayang kerana tahun ini aku hanya berjaya menjejakan kaki sebanyak 1 kali sahaja. Mungkin kerija aku menyebabkan aku takde mood nak tengok kerana aku terlebih layan kat opis hehe. So, tak berpa nak layan binatang ni kat wayang. So selamat berlepak lepak kepada diriku ini semoga hari hari hidup lepak tapi keje gempak.

Peace not war
and
not war for peace


0 ulasan: