Tetiba je tangan ni tersa nak mengupdate blog. Patut la dari tadi rasa gatal je tangan. Agak lama jugak tak menulis blog disebabkan oleh kerana terlalu banyak idea sampai tak mana satu dicurahkan. Hehe best jugak denial sentence aku, padahal tak de ape sangat menarik idup aku ni, plain aje makan tido keja berak makan balik dan sila ulang balik ayat itu tiap tiap hari. Begitu la kerija aku.

Disebabkan aku memerlukan sumber kewangan yang agak banyak, maka tuhan telah mengerakan hati aku untuk mula berjinak-jinak balik dalam pembuatan coding nie. Maka sayugia suka cita diumumkan akhirnya aku berjaya mebuat aplication pertama dalam face book. Setelah memerah keringat, membanting tulang dan berlari anak-anak, akhirnya aku berjaya membuatnya. Ambil masa juga kerana aku dan php umpama minyak di dalam air. Tetapi menggunakan teknologi terkini akhir minyak juga larut dalam air hingga aku berjaya membuat satu aplikasi facebook. Aku buat simple je, guna very very basic php.

Ia merupaka sebuah kuiz hasil nukilan ikhlas dari aku. Ia mengisahkan tentang persoalan aku dan ultraman. Setelah anda berjaya menjawab soalan soalan yang begitu mencabar dan setaraf deng sp( selamat pagi malaysia), anda akan menemui connection anda dengan ultraman. Ia boleh diakses dengan lebih lanjuut menggunakan url dibawah ini

http://apps.facebook.com/myultra/

dan sila pastikan anda mendaftar dengan face book dan anda dimustikan(hukumya waajib :p) menjawab kuiz yang begitu menarik perhatian sambil meclik2 banner di atas dan bawah aplikasi tersebut. Segala hasil dari aplikasi ini akan disalurkan ke tabung pendidikan en. mohd faizal supaya beliau dapat meneruskan persekolahannya. Ameen.

Sekian sahaja ayat promosi dan jangan lupa hebah hebahkan juga kepada saudara mara dan rakan taulan. Okey ni ayat betul betul punya tamat ini punya iklan tak berbayar.

Okey aku nak sambung cari idea lain lak untuk aplikasi seterusnya. Semoga kita berjumpa lagi pada hari berlainan dan waktu juga berlainan namun di tempat yang sama, dengan aplikasi baru hehehe.

p/s: ini bukan rancangan kisah benar atau bersamamu

kapayapaan hindi digmaan
~~maging katapusan~~

0 ulasan: