Malam ini saya terasa amatlah panas seperti didenda oleh cikgu sekolah berdiri di padang pada pukul 12 kerana tidak membuat kerja sekolah. Walaupun saya tidak pernah didenda sedemikian kerana saya seorang pelajar yang baek lagi cemerlang dan terbilang. Jika anda tidak percaya anda boleh menghubungi emak saya di talian xxx-xxxxxx dan tekan option 1. Jika tidak percaya lagi... ermm cukup la saya mengarut diperenggan ini kerana selebihnya agak dikarutkan di perenggan seterusnya.
Agak lama saya tidak mengemaskini laman blog saya namun tidaklah sampai bersarang kerana tiada serangga yang singgah disini. Mungkin orang je kot singgah disini tapi saya rasa tidaklah begitu ramai sehingga boleh dibilang dengan jari kaki sahaja. Oleh yang sedemikian tidaklah saya perlu selalu mengemaskinikan blog saya ini. Saya ada banyak idea namun begitu dikala masa menchumbui saya ini tidaklah dapat saya menaipnya. Saya begitu sibuk di opis melayan kerenah orang yang begitu menyampah sekali ditambah kerenah small, medium and big boss lagi. Sungguh annoying empat lima kali. Kalu saya nak komen tentu ia boleh dijadiakn novel setanding dengan cerita Demon and Angel yang baru difilemkan. Oleh itu saya malas menaip mengenainya di entri ini. Begitulah ayat cover saya kerana kat opis pun saya sempat mengular dikubikal saya sambil membaca cerita naruto. Saya tahu bos saya tak tahu tapi itu semua dilakukan ketika waktu memang tak de keje dan jika nak bagitau bos saya bagi tahu lah sebabnya saya tahu anda pun tak kenal bos saya. Apapunya entri la dan jika adapun orang membaca musti dia cakap ini karangan syok sendiri namun seperti dicedok dari kebanyakan blog lain tak kisah la boleh sendiripunya blog kalau tak suka pergi boleh tutup sahaja. Tapi tak baik berkata begitu kalau tak suka tak apa and boleh la....Blah haha. Baiklah berhenti mengarut lagi sekali. Inilah terjadi apabila saya ingin mengemaskini blog saya terjadi laha ayat ayat kurang siuman kerana ia ditulis di pagi yang hening bertemankan lampu kalimantang.
Kebelakangan ini saya sibuk membuat kerja-kerja sampingan membuat aplikasi bodoh dalam facebook. Sukacita dimaklumkan akhirnya saya telah berjaya mendapatkan 1 sen sehari. Walaubagaimanpun kawan saya cakap kena tunggu lama sedikit baru menampakan hasilnya. Lalu saya terus menunggu umpama menanti bulan jatuh ke bumi. Namun begitu saya juga ada membangunkan beberapa aplikasi lain yang agak serius contohnya kalkulato zakat. Saya tengah cuba menyempurnakan sebaik mungkin kerana ia tidak begitu sempurna kerana tidak boleh menjemput sesiapa pun. Oleh kerana ilmu kecodingan saya umpama air didalam cawan dicampak ke laut tidak menjadi apa jua, akhir saya tidak dapat menyelesaikannya. Namun saya perlu menyelesaikannya juga kerana aplikasi selepasnya juga menjadi bengong seperti begitu jua Setelah saya puas mengodek-godek dengan ilmu tak seberapa ini namun tak berjaya. Lalu saya naik angin dan terus membuka blogspot dan menaip entri ini.
Ditambahkan dengan suhu umpama berada didalam spa Q, saya akhir mengambil keputusan drastik untuk tido. Nak memuaturun movie pun cam hampeh je tenet. Namun begitu saya tidak dapat tidur lagi. Kenapa?? Oh saya lupa saya sedang menaip entri ini bagaimana nak tido. Sila kerawa dengan lawak bodoh tak seberpa ini kalau tidak anda diketogorikan sebagai pendek umur...
Sekian sahaja karutan saya pada hari ini. Di akhiri marilah kita menulis dalam bahasa melayu kerana dah la hari-hari kat opis cakap omputih, menaip pun omputih bawa2 kan la identiti diri kita sebagai melayu. Bahasa jiwa bangsa.
Terima Kasih....
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan
Setahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan